Pai Tee

Bahan-bahan :

Bahan pai :
120 gram tepung beras
120 gram tepung gandum
1 biji telur
375 ml air
1 sudu teh kapur

Bahan Inti :
Lobak Merah
Timun
Tauhu
(* semua bahan di atas dihiris memanjang)

CARA-CARA :
  1. Tepung beras, tepung gandum, dan telur digaul bersama.
  2. Masukkan air kapur dan air, kemudian digaul rata.
  3. Panaskan minyak sehingga panas. 
  4. Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas tadi sehingga panas.
  5. Apabila acuan sudah panas, celupkan acuan ke dalam adunan dan goreng di dalam minyak panas.
  6. Apabila keperangan, angkat  pai tersebut.
  7. Ulang semula langkah 5 sehingga habis adunan.
  8. Gaulkan semua bahan inti.
  9. Masukkan inti ke dalam pai mengikut keesuaian.
SELAMAT MENCUBA~

Sayur Capcai

Bahan:
1 batang lobak merah
1 paket jagung muda
1 paket kacang pis
1 ikat sayur sawi
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
sos tiram secukup rasa
garam secukup rasa
perasa secukup rasa

Cara buat:
1. potong semua bahan sayur mengikut kesesuaian. (Jangan terlalu besar atau terlalu kecil.)
2. panaskan kuali. baru masukkan minyak masak.
3. tumis bawang merah yang telah dicincang sehingga naik bau dengan api yang kuat.
4. masukkan bawang putih yang telah dicincang.
5. masukkan sedikit air ke dalam tumisan tadi.
6. Masukan lobak merah, dan jangung muda. Kemudian gaulkan sehingga agak lembut.
7. Masukan sos tiram, garam, dan perasa secukup rasa. (Ini la rahsia resipinyer..)
8. akhir sekali, masukkan sayur sawi dan kacang pis.
      Untuk sayur yang kelihatan hijau, masukan sedikit gula di akhir masakan.

Selamat Mencuba. ^^.

P/S: ini resepi dapat dari nenek Hanimah Othman masa ke majlis kawin di Johor. memang sporting la nenek dia. Penah masak tapi dia bagi sukatan untuk rencah dia lain. n cara nak tumis. Ada cara tau sebenarnyer. almaklum memang penah buat "katering" masa zaman mudanyer. Tips masukkan gula pula dari nenek saya. No SECRET. ^^.

Nasi Lemak

Bahan :
- Nasi
2 cawan beras
1 kotak santan
2 inci halia
4 ulas bawang kecil

- Rencah
1 batang Timun
4 biji telur

50 g kacang
Sambal tin ayamas ^^.

Cara Memasak :
1. Tumiskan bawang kecil.
2. Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam periuk nasi.
3. Masukkan 2 cawan beras ke dalam periuk nasi bersama 2 cawan air dan 1 kotak santan.
4. Biarkan sehingga hampir mendidih.

5. Masukkan halia yang telah dicincang.
6. Biarkan sehingga nasi masak.
7. Hiris timun.
8. Goreng kacang. Pastikan kacang sentiasa dikacau dalam api sederhana.
9. Rebus telur.
10. Hias nasi lemak anda ikut kesesuaian.

Selamat Mencuba ^^.

P/S: Resepi ini selalu saya masa ketika belajar dahulu as breakfast (brunch).. Memang simple n kenyang.. boleh tahan sehingga tengahari.. Jimat pun kos makan.. make sure kongsi ngan member. kalau tak rugi..

Green Epal replace the cucumber in sandwish

This tips also come from my mother. At That moment we out of cucumber and have apple. My mother just give a try and put it inside the tuna. It end up to be our fav sandwich of all time. So, how about give a try... ^^.

all the best~..

Sayur Sawi

1 batang lobak merah
1 paket jangung muda

1 ikat sayur sawi
3 ulas bawang putih
suun secukupnya
tepung jagung secukupnya
garam secukupnya

1. panaskan kuali dengan minyak panas.
2. tumis bawang putih yang telah dihiris sehingga naik bau.
3. masukkan sedikit air, lobak merah, dan jagung muda. tidak lupa juga garam.
4. biarkan panas sehingga bahan agak lembut.
5. masukkan sayur sawi, tepung jagung dan suun.

sudah sedia dihidangkan. ^^. Selamat mencuba

P/S:
I start my cooking lesson since i was 11 years old. This is the 1st meal i cook for my whole family. totally simple and love to cook it. cos i love vegetable. for the 1st time.. i my mother forget to say salt. So.. during the "cuba rasa" hehe.. my mother have to adjust it. however it work.. and end up to be the best meal for the lunch..

Discussion

Meal